Blog Telah Berpindah

Assalamualaikum semua… Untuk makluman, blog saya telah berpindah ke alamat http://www.alfilfilaani.blogspot.com. Harap maklum.

Published in: on December 10, 2010 at 4:07 pm  Leave a Comment  

Berpindah

Assalamualaikum….

Untuk pengetahuan semua, blog ini telah berpindah ke http://www.alfilfilaani.blogspot.com. Harap maklum.

Published in: on January 18, 2009 at 9:14 pm  Leave a Comment  

Doa Buat Ahlul Ghazzah

DOA BUAT AHLUL GHAZZAH

حسبنا الله و نعم الوكيل يا ذا الجلال و العزة


اللهم انقذ المسلمين فى غزة
اللهم كن لهم عونا و نصيرا


اللهم ربنا جل ثناؤك و تقدست اسماؤك
اللهم لا يرد امرك و لا يهزم جندك سبحانك و بحمدك


اللهم عليك باليهود الظالمين
اللهم منزل الكتاب,هازم الاحزاب,مجرى السحاب
اهزمهم و زلزلهم


اللهم ارينا فيهم عجائب قدرتك .. قتلة الرسل و الانبياء
ظلمت العزل الابرياء


اللهم حرر المسلمين فى غزة يا ذا الجلال و العزة


اللهم فك اسرهم و اشفى مريضهم و اكشف كربتهم


اللهم بدل خوفهم امنا يا ذا الجلال و العزة


اللهم اعز الاسلام و المسلمين و اذل الشرك و المشركين و دمر اعداء الدين

و احمى حوزة الاسلام
و اجمع كلمة المسلمين على الحق يا رب العالمين


اللهم انج المستضعفين المسلمين فى كل مكان


اللهم اصلح احوال المسلمين فى فلسطين و العراق و فى كل مكان


اللهم الف بين قلوبهم و اهديهم سبل السلام و اخرجهم من الظلمات الى النور
يا ذا الجلال و الاكرام و العزة

Hati kami dicarik-carik. 1430 Muharram 1 disambut dengan esak tangis. Mana mampu kami menahan tangis. Melihat jasad-jasad muslimin seakidah kami bercarikkan. Dirobek-robek jasad-jasad mereka.. Saling tidak tumpah sebagaimana yang dilaungkan oleh paderi kristian ketika mendengar perkhabaran kejatuhan kerajaan Monggol di Baghdad; “Biarkan anjing-anjing itu dipijak, dikoyak-koyak dan dipotong-potong oleh musuh mereka, Nanti, kita bangunkan atas runtuhan itu dengan ketamadunan kita.”

Arghhh…Apa akan ku jawab di depan ALLAH Subhanahu Wa Taala Rabbul Jalil. Sedang melihat nasib saudara seakidah di rakus yahudi laknatullahi alaih.

Cermati Hadis baginda Sayyidinna Muhammad Shollahu Alaihi Wassalam;

Daripada Ummul Mu’minin, Zainab binti Jahsy (isteri Rasulullah SAW), beliau berkata;(Pada suatu hari) Rasulullah SAW masuk ke dalam rumahnya dengan cemas sambil bersabda, La ilaha illallah, celaka (binasa) bagi bangsa Arab dari kejahatan (malapetaka) yang sudah hampir menimpa mereka. Pada hari ini telah terbuka dari dinding ya’juj dan ma’juj seperti ini”, dan Baginda menemukan hujung ibu jari dan hujung jari yang sebelahnya (jari telunjuk) yang dengan itu mengisyaratkan seperti bulatan. Saya (Zainab Binti Jahsy) lalu berkata; “Ya Rasulullah! Apakah kami akan binasa sedangkan di kalangan kami masih ada orang-orang yang sholeh?” Lalu Nabi Shollallahu Alaihi Wassalam bersabda; “Ya jikalau kejahatan sudah terlalu banyak”

[Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim]

Mereka yang berkuasa memerintah, tuli melihat kekejaman zionis laknatullahi alaih. Mereka yang mempunyai pemutus harga komoditi “hitam”, ketakutan bersuara atau menghantar bantuan berupa senjata. Itulah wajah-wajah muslimin kini. Terus tunduk kepada zionis. Hanya bijak mengeluarkan suara bantahan, supaya memperolehi kasihan belas daripada “musuh umat Islam”. Sehingga kepada merayu; “pimpinan dunia harus memainkan peranan”.

Paling menyedihkan, kita meminta simpati kepada pendokong yahudi zionis yakni amerika syarikat agar menaungi proses pendamaian. Sedangkan umum mengetahui, bahawa amerika syarikat adalah penyumbang USD 30 billion (tahun 2007) bagi sumber pensenjataan negara haram israel.

Beban ujian buat para syuhada Ghazza kami sambut. BALDATUN THOIIBATUNN WA RABBUN GHAFFUR.. Walau dilihat mata yang kasar, bumimu Palestin dimandikan darah. Tetapi, ditempat tumpahan darah para syuhada itulah bumimu Palestin penuh keberkatan.


Dijanjikan oleh ALLAH SWT dan Rasulullah Shollahu Alaihi Wassalam, bahawa bersama perjuanganmu Palestin, adalah lingkungan keredhaan ALLAH SWT. Titisan-titisan darah yang mengalir itu lebih mulia dibanding kami yang masih tenggelam memperjuang nasib sendiri.

Walau disambut lemparan kepingan peledak-peledak zionis, kalimah dari bibir para syuhada tidak pernah kering melafaz kalimah syahadah, tahlil…

ALLAHU ALLAH…bergejolak hati kami memikirkan nasibmu Palestin. Merintih kami kepada ALLAH SWT Yang Penuh Kemuliaan dan Ihsan, agar dimudahkan ujian.

Air mata ayahanda kami yang gagah di bumi Palestin terus membasahi pipi. Melihat anak-anak kecil syahid diusia awal. Kami melarik mata kepada para ibu kami di Palestin. Mereka kering air mata, meredhai pemergian ana bergelar para syuhada ila ALLAH SWT. ALLAHU ALLAH…Para ibu kami begitu kental hati-hatinya. Tidak gundah digugah yahudi laknatullahi alaih.

Kami imani Firman ALLAH SWT;

“Dan janganlah kamu mengatakan (bahawa) siapa yang terbunuh dalam perjuangan membela agama Allah itu: orang-orang yang mati; bahkan mereka itu orang-orang yang hidup tetapi kamu tidak dapat menyedarinya.”
[surah al-Baqarah: 154]

ALLAHU ALLAH…Betapa ALLAH SWT telah memuliakan para syuhada itu. Hingga nama-nama mereka disebut-sebut oleh ALLAH SWT. Sedang kami di sini, terus tenggelam dalam keseronokkan. Mengejar dan mempelajari ilmu, tetapi hanya untuk kepentingan dunia kami.

Ketika seluruh para pemuda diserata jazirah arab berlari-lari anak menderma darah untuk para mujahid, mujahidah kami mengguman bibir, menggengam tangan menahan malu, kerana keputusan usaha melahir untuk membantu. Para ibu di dan ayah diserata jazirah arab melahir bantah! Para pemuda kental iman bersiap sedia menyelinap masuk ke bumi Anbiya Palestin bermatlamat melempar tentangan kepada pemuka yahudi. Waima hanya balingan batuan.

Apa pula usaha kita wahai tuan? Masih menangisi nasib diri? Berkira-kira membuat persiapan menyambut tahun baru masihi? Merasa selesa dan hanya berkata; “Kesian sungguh Palestin, tetapi apakan daya kita…”..Seketika kemudian, kita berterusan bergelak ketawa, seolah-olah tiada apa-apa yang menimpa para saudara rafiq kita di bumi Palestin.

Duhai para ibu dan ayahku di bumi Palestin, kami mengenangi, kami mengatur menyerah memorandum kutukan dan hinaan kepada rejim zionis laknatullah beserta tali barut mereka.

Dalam surah Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:


“Orang -orang yang beriman berperang di jalan Allah dan Orang yang kafir berperang di jalan thaghut, sebab itu perangilah kuncu-kuncu syaitan itu kerana sesungguhnya tipu daya syaitan itu adalah lemah.”

[Annisa’ 4;76]


Orang-orang yang beriman kepada ALLAH SWT berjuang dan berperang kerana ALLAH SWT, tetapi orang-orang Jahiliah berjuang bermati-matian untuk mengikut perintah thaghut.

Maka di kalangan muslimin, timbul pula munaffiqqun. Bertopeng Islam mereka berlarian. Merasa takut kepada kuffar, mereka bersengkokol. Berusaha keras bersama tentera kuffar mereka cuba menjatuhkan khillafah Islam. Lalu menyediakan jalan kepada kuffar untuk dijadikan pengkalan ketenteraan. Semuanya atas nama Islam. Memerangi bid’ah dan ahlus Sunnah kata mereka. Demi pemurnian Islam. Usah dilupa fakta sejarah.

Kami takuti, bahawa usaha yang kami dahului itu tidaklah setara dengan perjuangan-perjuangan anak-anakmu di bumi Palestin..Wahai ayah dan ibu kami di bumi Palestin…ALLAHU ALLAH

Wallahu’alam

وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وبارك وسلم أجمعين، والحمد لله رب العالمين

Published in: on January 15, 2009 at 4:41 pm  Leave a Comment  

Do’a Syeikh Muhammad Al-Mohaisany (Ramadhan 1422H)

Ya Allah Ya Tuhan Kami

Segala pujian dan kebesaran hanya milik Mu

Ya Allah Yang Maha Berkuasa Atas Segalanya

Yang Maha Besar Dan Maha Tinggi

Kami memohon dari Kebesaran dan Kekuatan Mu

Ya Allah berilah kemenangan kepada Mujahidin yang ikhlas di jalan Mu

Ya Allah semoga Engkau senantiasa di sisi mereka, bersama mereka

Ya Allah, Engkau berilah kemenangan kepada mereka

Berilah kekuatan kepada mereka

Ya Allah Tuhan kami

Satukan hati,pemikiran dan pandangan mereka

Ya Allah, fokuskan bidikkan senjata mereka

Gabungkan kekuatan dan hujah-hujah mereka

Ya Allah, tetapkan hati dan pendirian mereka

Ya Allah, kuasai musuh-musuh mereka

Ya Allah, pecah belahkan kesatuan musuh-musuh Islam

Ya Allah lunturkan semangat dan moral mereka

Ya Allah, lemahkan kekuatan mereka

Ya Allah, campakkan ketakutan yang amat sangat ke dalam hati mereka

Ya Allah, Tuhan kami

Nasib kami di Tangan Mu

Segala urusan kami serahkan kepada Mu

Ya Allah, Engkau Maha Mengetahui keadaan kami

Dan apa yang terjadi

Tiada satu pun terlepas dari pengetahuan Mu

Ya Allah, hanya kepada Mu kami mengadu kesengsaraan kami

Ya Allah hanya kepada Mu kami mengadu kesedihan kami, masalah kami

Hanya kepada Mu Ya Allah

Hanya kepada Mu Ya Allah, kami mengadu ketidakadilan

Dan kezaliman kaum yang menindas

Hanya kepada Mu Ya Allah,

Kami mengadu kekejaman orang-orang yang jahil

Hanya kepada Mu Ya Allah

Kami mengadu akan penindasan dan penipuan dari agen penjajah

Hanya kepada Mu Ya Allah

Kami mengadu ketidakadilan dan kekejaman orang-orang

Pendendam Nasrani

Ya Allah, zaman gelap penjajahan dan kezaliman telah berpanjangan

Ya Allah, zaman gelap penjajahan dan kezaliman telah berpanjangan

Ya Allah, zaman gelap penjajahan dan kezaliman telah berpanjangan

Ya Allah,

Kebencian dan dendam kesumat golongan yang tidak beriman kepada Mu

Sangat mendalam

Begitu juga dengan pembelot agama dan agen penjajah

Ya Allah, Ya Allah

Kirimkan bantuan pertolongan dari Mu

Kirimkan bantuan dari Mu untuk menegakkan kebenaran

Agar dapat kami bangkit dari penghinaan ini

Agar dapat kami bangkit dari fitnah ini

Agar dapat kami musnahkan musuh-musuh Islam

Ya Allah

Ya Allah, tumpaskanlah segala unsur ketidakadilan dan sumber penindasan

Ya Allah, tumpaskanlah segala unsur ketidakadilan dan sumber penindasan

Ya Allah, arahkan kekuatan Mu untuk memusnahkan kekuatan Amerika

Negara pusat kekufuran, pusat fasad

Ya Allah, arahkan kekuatan Mu untuk memusnahkan kekuatan Amerika

Negara pusat kekufuran, pusat fasad

Ya Allah, Engkau Maha Mengetahui keadaan mereka

Yang menyebarkan segala fasaad di atas muka bumi Mu

Ya Allah, mereka membunuh makhluk Mu dan para hamba Mu

Ya Allah, mereka menghina agama Mu

Ya Allah, Engkau Maha Berkuasa atas mereka

Arahkan kekuatan Mu, musnahkan mereka

Ya Allah ,arahkan kekuatan Mu, musnahkan mereka

Ya Allah, kirimkan ke atas mereka angin ribut kaum ‘Aad

Ya Allah, kirimkan ke atas mereka jeritan kaum Thamud

Kirimkan ke atas mereka badai kaum Noh

Ya Allah, kirimkan ke atas mereka

Balasan Mu yang datang dari langit dan yang keluar dari bumi

Ya Allah, jadikan perpecahan dalam negara mereka

Ya Allah, jadikan mereka berpecah belah

Lemahkan kekuatan para penjajah

Ya Allah, Ya Hayyu Ya Qayyum

Yang Maha hidup, Yang Maha Berdiri Sendiri

Ya Allah, jadikanlah mereka berada di dalam genggaman para Hamba Mu

Ya Allah, jadikanlah mereka berada di dalam genggaman para Hamba Mu

Ya Allah, jadika badai taufan yang berterusan untuk mereka

Ya Allah, jadika badai taufan yang berterusan untuk mereka

Ya Allah, bebaskan saudara Islam kami yang di tawan

Ya Allah, bebaskan saudara Islam kami dan kuatkan mereka

Ya Allah, teguhkan Iman mereka

Jadikan pelbagai cara untuk membantu mereka

Ya Allah, tangani orang yang menyeksa mereka

Ya Allah, tangani orang yang menyeksa mereka

Ya Allah, tangani orang yang menyeksa mereka

Hapuskan cengkaman mereka dengan Keagongan dan Kekuasaan Mu

Ya Allah, jadikan rencana musuh-musuh Islam sebagai

Penyebab kehancuran mereka dan berbalik kepada mereka

Ya Allah, Tuhan Seru Sekalian ‘Alam

Yang Maha Hidup, Yang Maha Berdiri Sendiri

Yang Memiliki Kebesaran dan Kemuliaan

Yang Maha Mendengar Doa, Yang Maha Dekat dan Yang Maha Mengabulkan doa

Kepada Mu kami memohon, kami yakin akan janji-janji Mu

Dan penerimaan Mu akan doa-doa kami

Dan kata-kata Mu adalah benar semata

Sesungguhnya Engkau telah berfirman:

“Berdoalah kepada Ku dan aku perkenankan doa kamu”

Ya Allah, perkenankan semua doa kami ini

Ya Allah,Yang Maha Hidup, Yang Maha Berdiri Sendiri

Yang Maha Perkasa

Yang Maha Menguasai segala yang berada di langit dan di bumi

Ya Allah, selamatkan Al-Aqsa dari kekejaman Yahudi

Ya Allah, selamatkan Al-Aqsa dari kekejaman Yahudi

Bebaskan Al-Aqsa dari cengkaman setiap Kafir yang dengki

Ya Allah, dapatlah kami melihat kebebasan Al-Aqsa

Dan musnahkan Yahudi pendengki

Wahai Tuhan Yang Memiliki Kemuliaan dan Kebesaran

Ya Allah, semua makhluk Mu adalah hina dan lemah di sisi Mu

Kerana Engkau Maha Mulia dan Maha Gagah

Ya Allah, Tuhan Pencipta kami

Yang menjadikan manusia dari satu jiwa

Ya Allah, Tuhan Yang Maha Tinggi Kedudukannya

Yang Maha Gagah Perkasa

Kami memohon ke hadrat agar Engkau berikan kemenangan

Kepada Islam dan Umat Islam sedunia

Ya Allah, Tuhan Yang Maha Hidup Yang Maha Berdiri Sendiri

Ya Allah, lindungi dan pelihara para ulamak yang bekerja keras

Ya Allah, lindungi dan pelihara para ulamak yang bekerja keras

Tetapkan pendirian dan iman mereka yang tetap ikhlas mengajak manusia ke jalan Mu

Tinggikan derajat mereka yang sentiasa mengajak manusia mengerjakan makruf

Dan mencegah melakukan mungkar

Dan cucuri rahmat Mu dan keberkatan ke atas Muslimin

yang menyertai dan mendukung usaha baik mereka

Ya Allah, Yang Maha Hidup dan Maha Berdiri Sendiri

Yang Memiliki Kebesaran dan Kemuliaan

Ya Allah, Engkau sediakan balasan terhadap kejahatan mereka

Hinakan kehormatan mereka, jejaki pusat mereka

Bagi mereka yang Engkau tidak mahu member hidayah Mu

Ya Allah, jadikan kesengsaraan sebagai nasib mereka

Ya Allah, jadikan kesengsaraan sebagai nasib mereka

Jadikan bala bencana pada hidup mereka

Tukarkan kesihatan mereka menjadi sakit

Gantikan kekuatan mereka menjadi kelemahan

Tukarkan kekayaan mereka menjadi kemiskinan

Kekuasaan mereka menjadi tak terdaya

p/s: Syeikh Muhammad Al-Mohaisany akhirnya di tangkap oleh rejim Saudi apabila selesai sahaja membaca doa tersebut. Ini membuktikan bahawa sesungguhnya kerajaan Arab Saudi juga merupakan salah satu agen kepadaYahudi dan Amerika laknatullahi ‘alaihim ajma’iin.

Published in: on January 11, 2009 at 11:34 am  Comments (4)  

Ya Rabb, hancurkan gerombolan Yahudi!!!

Dalam asyik dok melayari internet di rumah semalam, tiba-tiba aku terima satu mesej dari Rafis melalui YM. Mesej yang meminta agar dibacakan ayat 29 dari Surah Al-Fath hasil pesanan dari Imam Besar Masjid Al-Istiqlal yang menerima pesanan dari sahabatnya di Palestine agar Umat islam di seluruh dunia bangun membaca ayat tersebut disebabkan telah berlakunya pertempuran hebat antara Briged Izzaudin Al-Qassa Hamas dengan tentera Yahudi laknatullah.

Saat membaca mesej tersebut, hati terasa bagaikan disentap. Terus aku sebarkan pesanan tersebut kepada sahabat terdekat agar sama-sama mendoakan kemenangan dan bantuan Allah SWT ke atas mujahidin Hamas. Dalam keadaan sedar atau tidak aku terasa perjuangan mujahidin di Palestine bagaikan begitu dekat di hati. Apa tidaknya, saudara seagama sedang di sembelih melalui senjata canggih Yahudi yang tidak berhati perut.

Semalam, seusai membaca ayat 29 Surah Al-Fath tersebut….terus doa ku panjat pada Tuhan Yang Maha Perkasa Maha Gagah agar menurunkan bantuan buat mujahidin Hamas. Mohon agar dihancurleburkan kumpulan tentera Yahudi sebagaimana tatkala Allah SWT menghantar burung-burung Ababil untuk menghancurkan tentera bergajah Abrahah ketika menyerang  Kota Mekah dalam misi merobohkan Ka’abah.

Mudahan-mudahan, doa umat Islam di seluruh dunia dimakbulkan Allah SWT. Apa yang aku harapkan agar Allah SWT akan terus menurunkan bantuan dan pertolongan ke atas mujahidin Hamas dan semua mujahidin yang berjuang bersama Hamas termasuk mujahidin Hizbullah, mujahidin dari Yaman, mujahidin dari Iran dan dari Indonesia. Mujahidin dari Malaysia?? Tepuk dada, tanya iman….

p/s: Kepada seluruh rakyat Palestine, maafkan aku. Aku tak mampu untuk menggalas senjata berjuang bersama kalian. Hanya doa yang mampu ku panjatkan, agar perjuangan kalian sentiasa mendapat pertolongan Tuhan.

 

palestine

Published in: on January 9, 2009 at 11:24 am  Leave a Comment